Sudut Ilmu

Solat Sunat Rowatib Yang Dituntut Oleh Nabi (Muakkad)

Solat sunat Rowatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu.
1. Dua rakaat atau empat rakaat sebelum Zohor
2. Dua rakaat selepas solat Zohor
3. Dua rakaat selepas Maghrib
4. Dua rakaat selepas Isyak
5. Dua rakaat sebelum Subuh

Sunat Bukan Muakkad

1. Dua rakaat atau empat rakaat sebelum Asar

2. Dua rakaat sebelum Maghrib
Dalil : Riwayat Imam Bukhari, sabda Nabi s.a.w
Sembahyanglah kamu sebelum Maghrib
diulangnya dua kali dan kali ketiga nabi menambah
Bagi sesiapa yang suka
. Dinyatakan di sini tambahan bagi sesiapa yang suka itu supaya tidak dianggap muakkad.

3. Dua rakaat sebelum Isyak

Dalil : Sabda Nabi s.a.w bermaksud
Tiada satupun solat fardu melainkan ditentukan sebelumnya dua rakaat sunat.
SOLAT SUNAT FAJR

Satu lagi sunat yang muakkad untuk dikongsikan di sini ialah solat sunat Fajar.
Solat sunat Fajr dikerjakan sebelum waktu Subuh (menjelang Subuh).

Bacaan yang Nabi baca selepas Fatihah:
Rakaat pertama : Al-Kafirun ( Qul yaa.. ayyuhal kaafirun ... )
Rakaat kedua : Al-Ikhlas ( Qul huwallahu... )

Solat sunat Fajr jika tidak sempat dikerjakan dalam waktunya atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan maka boleh dilakukan selepas solat Subuh.
Maklumat yang tidak seberapa ini diharapkan dapat membantu usaha meningkatkan amalan kita.
Dan kalau terlihat ada orang sembahyang sunat lepas solat Subuh nanti, tidaklah rasa pelik sangat walaupun di luar kebiasaan kita ... wallahu a'lam bissowaab..