Monday 5 December 2011

ANUGERAH SURAU TERBAIK DAERAH DUNGUN.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Dungun, Surau Ar-Raudhah telah diumumkan sebagai pemenang Tempat Kedua anugerah tersebut. Semoga penghargaan ini dapat mengundang lebih ramai jemaah untuk bersama mengimarahkan surau yang menjadi tuntutan dalam Islam. Bagi orang yang memakmurkan surau pula sudah tentu mengharapkan pengiktirafan yang lebih besar ganjarannya daripada Allah di akhirat nanti atas segala keikhlasan.

JOM! KITA KACAU BUBUR ASYURA

Mesyuarat jawatankuasa Surau Ar-Raudhah semalam telah memutuskan untuk mengadakan sambutan Hari Asyura ( 10 Muharram 1433 ), dengan bergotong-royong mengacau bubur. Dijemput seluruh warga taman sekitar Surau Ar-Raudhah dan ahli-ahli jemaah surau untuk sama-sama meraikan majlis tersebut. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menambahkan lagi keakraban dan silaturrahmi dalam kalangan kita seterus menghayati 'Maal Hijrah'.

Tarikh : 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433 Hijrah.
Masa : Bermula 8.00 pagi.

Bersempena dengan program ini juga, Insya..Allah Pejabat Kesihatan Dungun akan bersama  mengadakan khidmat amal dengan menyediakan sudut pemeriksaan kesihatan secara percuma.