Monday 5 December 2011

ANUGERAH SURAU TERBAIK DAERAH DUNGUN.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Dungun, Surau Ar-Raudhah telah diumumkan sebagai pemenang Tempat Kedua anugerah tersebut. Semoga penghargaan ini dapat mengundang lebih ramai jemaah untuk bersama mengimarahkan surau yang menjadi tuntutan dalam Islam. Bagi orang yang memakmurkan surau pula sudah tentu mengharapkan pengiktirafan yang lebih besar ganjarannya daripada Allah di akhirat nanti atas segala keikhlasan.

JOM! KITA KACAU BUBUR ASYURA

Mesyuarat jawatankuasa Surau Ar-Raudhah semalam telah memutuskan untuk mengadakan sambutan Hari Asyura ( 10 Muharram 1433 ), dengan bergotong-royong mengacau bubur. Dijemput seluruh warga taman sekitar Surau Ar-Raudhah dan ahli-ahli jemaah surau untuk sama-sama meraikan majlis tersebut. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menambahkan lagi keakraban dan silaturrahmi dalam kalangan kita seterus menghayati 'Maal Hijrah'.

Tarikh : 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433 Hijrah.
Masa : Bermula 8.00 pagi.

Bersempena dengan program ini juga, Insya..Allah Pejabat Kesihatan Dungun akan bersama  mengadakan khidmat amal dengan menyediakan sudut pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Monday 1 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 H








KHUTBAH RASULULLAH SEMPENA RAMADHAN

Wahai manusia!

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa barakah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi TETAMU Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amalanmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melaksanakan ibadat puasa dan bertadarrus. Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini.

Bayangkanlah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada golongan fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jagalah lidahmu, tahanlah pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdo'a pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena perbuatanmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)mu, maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia!
Barang siapa di antaramu memberi makanan berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Sahabat-sahabat lain mencelah: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!
Siapa yang memperelokkan akhlaknya di bulan ini ia akan berjaya melalui sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan urusan orang-orang bawahannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.

Barangsiapa menahan sifat buruk di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada tuhanmu supaya tidak dibukakan untukmu.

Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi mampu menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".


Marhaban Yaa Ramadhan......

Sesiapa yang mendirikan sembahyang sunat pada waktu malam di bulan Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, dia diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, maka dia diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Keadaan orang mukmin itu amat menghairankan sekali, semua keadaannya merupakan kebaikan baginya dan kebaikan tersebut tidak ada pada seseorang kecuali pada orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, keadaan sedemikian merupakan suatu kebaikan baginya. Begitu juga jika dia ditimpa kesusahan, dia tetap bersabar, keadaan demikian juga merupakan kebaikan baginya.
(Hadis riwayat Imam Muslim).




Tuesday 19 July 2011

Al-Fatihah - Tn. Hj. Mohd Azli Bin Husain Meninggal Dunia

Alhamdulillah, jenazah Tn. Hj. Mohd Azli telah selamat dikebumikan pada 18 Julai 2011 pada jam 6.30 petang di Kampung Kemubu, Kelantan. Marilah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....juga buat Cikgu Awang..... Al-Fatihah



Kepada keluarga Tn. Hj. Mohd Azli dan Cikgu Awang, ucapan takziah dan semoga tenang serta tabah menghadapi dugaan ini...

Dalam Kenangan... 
Layari juga